Malaysia berpeluang cerah untuk memberi saingan terbaik kepada lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan yang menunjukkan penurunan ranking FIFA menjelang sepak mula November ini.
Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi kelayakan berdepan pasukan tersebut pada 16 November 2023 di laman sendiri sambil memanfaatkan penurunan prestasi skuad tersebut.
Pasukan bimbingan Stefan Tarkovic menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi terakhir menentang Bahrain dan juga Filipina sekaligus memcermainkan situasi sebenar pasukan.
Aksi berdepan Bahrain menyaksikan Kyrgyzstan tewas dengan keputusan 2-0 sementara Filipina melakar kejutan untuk membenam lawan yang berada pada ranking FIFA lebih baik menerusi kemenangan tipis 1-0.
Kekalahan itu menyaksikan Kyrgyzstan kehilangan -4.57 mata dan turun satu tangga ke kedudukan 97 FIFA.
Harimau Malaya pula berjaya merakamkan kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 namun dikecewakan Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023.
Ketika ini, Malaysia menghuni tangga ke-137 dunia dengan 1097 mata dan berpeluang memperoleh tambahan mata sebesar +15.49 mata dan mengumpul 1112 mata keseluruhan.
Aksi Malaysia dan Kyrgyzstan akan berlangsung pada 16 November 2023 dijangka di Bukit Jalil pada jam 9 malam.