Kedudukan terbaru Malaysia dalam ranking FIFA susulan tewas 0-3 kepada pasukan ke-72 dunia, Cape Verde.
Skuad kendalian Peter Cklamovski turun dengan kesebelasan terbaik sambil beberapa pemain warisan baharu turut tersenarai.
Persiapan rapi dilakukan oleh kedua-dua pasukan bagaimanapun memihak kepada pasukan pelawat apabila tunduk dengan keputusan 0-3 kepada Cape Verde.
Kemas kini ranking masa-nyata FIFA menyaksikan Harimau Malaya terlepas peluang meraih tambahan +6.98 mata.
Kedudukan ini menyaksikan Harimau Malaya -3.02 mata sekali gus mengumpul 1121.55 mata dan kekal di tangga ke-132 dunia ketika ini.
Harimau Malaya kekal pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (99), Vietnam (109) dan Indonesia (123) dengan 1142.92 mata.
Ujian sebenar Harimau Malaya adalah aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.