Malaysia Tewas Di Tangan Cape Verde
MakanBola
Malaysia NT

Perlawanan persahabatan tertutup hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Malaysia bertemu Cape Verde.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berkesudahan dengan keputusan Malaysia tewas kepada Cape Verde 3-0 hasil sentuhan berbisa dua pemain pasukan pelawat.

Dua jaringan Dailon Livramento pada minit ke-35′ dan 48′ serta satu jaringan menerusi Heriberto Tavares pada minit ke-55′ menyaksikan anak buah Bubista meraih kemenangan bergaya selepas terikat seri pada perlawanan pertama di Stadium Cheras tempoh hari.

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski turun buat kali kedua menentang Cape Verde sebagai perlawanan pemanas badan sebelum bertemu pasukan Vietnam pada 10 Jun kelak.

Malaysia bakal berdepan Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa, 10 Jun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan jam 9 malam.