“Rasa Takut, Tekanan Dari Zii Jia Ganggu Rentak Saya” – Loh Kean Yew
UltraSukan
Yohan Nonotte/Badminton Photo
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mengakui perasaan takut dan tekanan yang dikenakan Lee Zii Jia menjejaskan rentak permainannya semalam.

Kean Yew, 26, yang berstatus juara dunia perseorangan lelaki 2019 terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Malaysia itu.

Zii Jia berjaya mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 21-12.

Advertisements

“Saya fikir beliau bekerja keras untuk mengawal tekanan. Pada bahagian saya pula, saya tak boleh mengawal apa-apa. Jadi, ya, ia satu penamat yang mengecewakan,” katanya kepada SPOTV SEA selepas perlawanan semalam.

Ini kemenangan keenam juara Arctic Open 2023 itu ke atas Kean Yew dalam lapan pertemuan sebelumnya.

Hari ini, Zii Jia bakal berhadapan jaguh perseorangan lelaki dari India, Lakshya Sen di pentas suku akhir.

Advertisements

Sementara Kean Yew pula bersiap sedia untuk kejohanan jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) seterusnya iaitu Swiss Open 2024. Kejohanan itu bakal bermula pada minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram