Ads
Razman Roslan: Pra-Musim JDT Di Sepanyol Bukan Biasa-Biasa
Liga Super
Astro Arena

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan persiapan pra-musim Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada tahap yang berbeza.

Advertisements

Tidak seperti sesetengah pasukan yang mengadakan persiapan pra-musim baik di dalam negara atau negara jiran seperti Thailand dan Singapura, JDT memilih Sepanyol sebagai destinasi pra-musim.

Advertisements

Semasa di Sepanyol, Harimau Selatan mengharungi tujuh aksi persahabatan dari kelab divisyen dua hingga divisyen keenam negara itu.

Advertisements
Advertisements

Atas sebab itu, Razman menyifatkan kempen pra-musim JDT di Sepanyol dilihat memberi pendedahan yang bagus kepada para pemain terutama pemain muda.

Ini kerana pengalaman ini amat berguna menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang membuka tirainya pada 10 Mei ini.

Advertisements

“Saya rasa apa yang berlaku pada musim lepas sudah pasti mahu dikekalkan untuk musim ini. Pasal mereka mempersiapkan pasukan dengan lebih baik seperti JDT melakukan persiapan di Sepanyol.

“Bagi saya, ini satu pendedahan yang baik kerana pemain-pemain dapat menggunakan pengalaman ini untuk musim yang panjang (iaitu) musim 2024/25. Ini sesuatu yang kita perlu hormati. Nak kata diikuti, bajet tiada tapi sebagai penanda aras pasukan-pasukan lain.

“Pra-musim di Sepanyol bukan biasa-biasa. Mereka cukup serius kerana sasaran mereka ialah ACL (Liga Juara-Juara AFC). Bagi saya, itu yang saya nampak,” katanya dalam program Nindia terbitan Astro Arena baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama JDT mengadakan persiapan pra-musim di luar negara pada 2023. Dari 2020 hingga 2023, Harimau Selatan telah mengadakan persiapan pra-musim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Daripada tujuh perlawanan tersebut, penyerang muda Ramadhan Saifullah menjadi penjaring terbanyak pra-musim JDT dengan empat gol.

Sementara Nazmi Faiz, Gabriel Nistelrooy, Francisco Geraldes dan Oscar Arribas masing-masing menyumbang dua gol.

Manakala Arif Aiman Hanapi, Endrick dos Santos, G. Pavithran, Jalil Elias dan Nicolao Dumitru pula masing-masing mencatat satu gol.

Advertisements

Harimau Selatan akan membuka tirai Liga M musim 2024/25 dengan menentang Selangor dalam saingan Piala Sumbangsih pada 10 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram