Razman Roslan: VAR Di Malaysia? Mungkin Lebih Baik Atau Sebaliknya
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan memilih pendekatan tunggu dan lihat berkenaan perlaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Super musim 2024/25.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlaksanaan VAR dalam Liga Super bakal dibuat pada musim 2024/25.

Pengenalan sistem tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan liga ke tahap yang lebih bagus.

Advertisements

Meskipun begitu, Razman memilih pendekatan tunggu dan lihat bagi melihat keberkesanan sistem VAR yang digunakan.

Ini kerana pada hemat bekas pemain Selangor FC itu, sistem tersebut boleh saja menjadikan mutu pengadilan Liga Super lebih baik atau sebaliknya.

“Paling mencuri tumpuan bagi saya ialah penggunaan VAR dalam liga. Sebab akan memberi lebih (ketepatan dari segi keputusan pengadilan).

Advertisements

“Tak tahulah, kita lihat (ada) pro dan kontra. Mungkin akan mengatakan lebih baik, mungkin mengatakan sebaliknya.

“Jadi, kita akan lihat apa yang berlaku (dalam liga nanti),” katanya kepada MakanBola selepas Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia (Liga M) Musim 2024/2025) baru-baru ini.

Kos perlaksanaan VAR untuk Liga Super musim 2024/25 dijangka mencecah hampir RM10 juta seperti yang didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

Advertisements

Sistem ini dijangka digunakan buat kali pertama untuk aksi Piala Sumbangsih 2024 antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC pada 10 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram