Piala Sumbangsih: Aksi JDT & Selangor Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pertemuan epik JDT dan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Selasa menyaksikan Piala Sumbangsih akan dijalankan pada awal bulan Mei sebagai aksi pembukaan Liga Super 2024-2025.

“Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 bakal berlangsung pada 10 Mei 2024,” tulis MFL dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

“Seperti musim-musim terdahulu, perlawanan ini merupakan perlawanan pertama bagi Pertandingan Liga Super di mana pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super 2024-2025.”

“Perlawanan Sumbangsih kali ini akan mempertemukan Johor Darul Ta’zim (Juara Liga Super 2023) dengan Selangor FC (Naib Juara Liga Super 2023). Venue perlawanan adalah di venue kelab juara Liga Super tahun 2023 iaitu Stadium Sultan Ibrahim.”

MFL turut menjelaskan pemenang Piala Sumbangsih akan ditentukan dengan tiga cara iaitu keputusan penuh 90 minit permainan atau penentuan sepakan penalti jika perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.

Advertisements

Pungutan mata bagi kedua-dua pasukan pula hanya akan dikira mengikut keputusan masa penuh (90 minit) bagi perlawanan tersebut.

Musim lalu, JDT muncul juara Piala Sumbangsih 2023 setelah menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Juan Muniz dan ayam tambatan pasukan, Bergson Da Silva.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram