Real Madrid Mahu Sambar Bintang Liverpool Secara Percuma
Transfer
Liverpool FC
Advertisements

Real Madrid kini mengintai peluang mendapatkan bintang pertahanan Liverpool secara percuma pada akhir musim hadapan.

Kontrak Trent Alexander-Arnold bersama Liverpool bakal tamat pada akhir musim 2025 tetapi masih belum ada sebarang pengumuman lanjutan kontrak daripada kedua-dua belah pihak.

Jika Trent Alexander-Arnold bergelar ejen bebas pada akhir musim hadapan, Real Madrid berpeluang membawa masuk beliau secara percuma tanpa perlu membayar wang perpindahan kepada Liverpool.

Advertisements

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melaporkan Real Madrid telah mula memantau situasi bek kanan berbisa Liverpool itu memandangkan kontrak beliau tamat pada Jun 2025 kelak.

Liverpool bagaimanapun tidak bersedia untuk menjual Trent Alexander-Arnold memandangkan beliau merupakan pemain utama Liverpool sejak musim 2018.

Trent telah melakukan 21 penampilan liga ketika ini dan meyumbang 2 gol serta 4 bantuan jaringan buat Liverpool.

Advertisements

Nilai pasaran Trent Alexander-Arnold kini mencecah RM361 juta dan beliau antara pemain pertahanan termahal dunia buat masa ini.

Jika perpindahan ini berlaku, barisan pertahanan Real Madrid akan semakin kuat setelah mereka kini memiliki pemain hebat seperti Ferland Mendy, David Alaba, Dani Carvajal, Eder Militao, Nacho dan Antonio Rudiger.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram