Ads
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers

Perjuangan menaikkan mutu bola sepak Malaysia bukan hanya terletak pada keputusan perlawanan semata-mata, tetapi melibatkan pemantapan sistem menyeluruh yang merangkumi pengurusan, strategi, dan aspek teknikal. Kejayaan sesebuah pasukan dalam arena bola sepak tidak dapat dicapai tanpa usaha kolektif dan perancangan yang teliti di semua peringkat.

Advertisements

Antara contoh terbaik dalam usaha membangunkan bola sepak Malaysia adalah kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), yang dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor. Di bawah kepimpinan dan visi DYAM Tunku Ismail, JDT telah berjaya mengorak langkah membina empayar bola sepak yang berjaya dan turut disegani di Asia. Kejayaan JDT tidak datang dengan mudah; ia adalah hasil daripada pelaburan besar dalam infrastruktur, pembangunan pemain muda, dan pemantapan aspek pengurusan kelab. Di samping itu, mereka turut memberi fokus kepada strategi jangka panjang dan penggunaan teknologi terkini dalam aspek latihan dan analisis perlawanan.

Advertisements

Reformasi Harimau Malaya Perlukan Sentuhan Tunku Ismail

DYAM Tunku Ismail telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bergerak seiring dengan standard antarabangsa. Sokongan dan komitmen baginda wajar dijadikan inspirasi bagi pasukan kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Reformasi Harimau Malaya memerlukan sentuhan Tunku Ismail sebagai penasihat supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.

Berikut adalah faktor dan sebab mengapa Tunku Ismail wajar diberikan mandat sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Faktor kejayaan dan perhubungan awam yang kukuh:

  1. Menyumbang 67.8 peratus mata AFC MA Ranking untuk memberi lebih banyak slot kepada pasukan Liga Super beraksi di peringkat Asia dan Asean.
  2. Kelab-kelab ASEAN mula menjadikan JDT dan Malaysia sebagai contoh dan menghantar pasukan untuk berlatih dan bermain perlawanan persahabatan.
  3. Satu-satunya individu dari Asia Tenggara yang telah diberi penghormatan untuk berucap di Persidangan Bolasepak Dunia Asia (WFSA).
  4. Berjaya membawa lebih 30 pemain-pemain ternama dan terkemuka di dunia antaranya Luis Figo, Ronaldo, Robert Pires, Marco Materazzi, Lukas Podolski, Gary Neville, Ryan Giggs, David Beckam, Juan Sebastian Veron dan ramai lagi untuk perlawanan amal.
  5. Pada tahun 2016, Baginda menjadi menerima anugerah ‘Pentagon Award’ yang mengiktiraf baginda sebagai seorang Pengerusi dan Ketua Kelab Bolasepak ASEAN yang menonjolkan daya inovatif, inspirasi dan kepimpinan yang tertinggi.
  6. Presiden AFC mengagumi usaha luar biasa baginda yang telah menaikkan status bola sepak di negeri Johor tetapi juga telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilenyapkan pada landskap bola sepak Malaysia secara luas dan memberi inspirasi kepada begitu ramai individu.
  7. Hubungan baik dengan pemain-pemain serta bekas pemain antarabangsa memberikan Malaysia lebih kelebihan terutama dalam kerjasama strategik untuk kemajuan bola sepak negara.
  8. Sejak musim 2014, Baginda telah memperjuangkan hak setiap pasukan dan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) diberi hak penyiaran perlawanan.
  9. Baginda berjaya mendapatkan hak penyiaran terbesar dalam sejarah bola sepak negara dengan kejayaan mendapatkan tajaan daripada Iflix. Kerjasama ini membolehkan Liga Malaysia mendapat RM13 juta semusim pada musim 2018.

Faktor kemudahan infrastruktur:

  1. Meminjamkan pusat latihan berkelas dunia untuk kegunaan skuad kebangsaan.
  2. Meminjamkan Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang untuk tujuan latihan skuad kebangsaan.
  3. Memberikan skuad Harimau Malaya menggunakan Stadium Sultan Ibrahim dan fasiliti latihan Padang Seri Gelam secara percuma pada Mac 2023.

Faktor sumber kepakaran, kewangan dan ehsan:

  1. Memberikan geran penyelenggaraan bernilai RM300,000 kepada mana-mana kelab yang mengambil Geran Penukaran Rumput dan Saliran oleh KBS.
  2. Menaja kos RM1.4 juta untuk menanam rumput baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  3. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti padang Stadium Bukit Jalil sebelum perlawanan Piala AFF 2022 bertemu Laos.
  4. Memberikan sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada tahun 2017.

Faktor pemikiran, cara bekerja yang terbukti berkesan:

  1. Menerapkan sikap profesional dalam bola sepak tempatan terutama tentang kepentingan sains sukan dalam bola sepak moden.
  2. Mengajar kelab-kelab bola sepak tempatan tentang kepentingan pertandingan di dalam kalendar FIFA bagi memastikan kepentingan kelab dan pemain terpelihara.
Advertisements

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor telah memperlihatkan komitmen luar biasa dalam memperkukuh bola sepak Malaysia melalui kepimpinan dan visinya di JDT. Usaha-usaha baginda telah menaikkan status JDT di peringkat antarabangsa, dan langkah-langkah inovatifnya harus dijadikan contoh oleh kelab-kelab lain dalam memperbaiki sistem bola sepak Malaysia secara keseluruhan. Dengan visi yang jelas, hubungan baik di peringkat antarabangsa, dan pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan pembangunan, kejayaan JDT merupakan inspirasi kepada masa depan bola sepak negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram