Perlawanan akhir Piala FA melibatkan pertembungan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC semakin hangat diperkatakan.
Pertembungan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan The City Boys tampil dengan motivasi terbaik untuk mengulangi kejayaan menjulang Piala Malaysia pada tahun 2021.
Perkara ini bagaimanapun dilihat menjadi kelebihan buat anak didik Tano Solari untuk terus melakar kejayaan apabila memiliki rekod kebal pada musim ini.
JDT masih lagi tidak mencatatkan sebarang kekalahan termasuklah dalam saingan Liga Super dengan 71 gol berjaya dijaringkan setakat ini.
Rekod bersih ini bagaimanapun dilihat memihak kepada JDT apabila mereka melakar 5 kemenangan dalam 5 pertembungan terakhir menentang anak buah Bojan Hodak.
Sejak kali terakhir tewas di final Piala Malaysia 2021, JDT mencatat kemenangan dalam 3 aksi terakhir Liga Super berdepan KL City termasuklah kemenangan besar 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.
Perlawanan akhir Piala FA ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 22 Julai 2022 jam 9 malam.
JDT juga telah menjaringkan 12 gol dalam laluan ke pentas akhir Piala FA tanpa dibolosi sebarang gol sekaligus memberikan tugas berat buat anak didik Bojan Hodak.