Advertising
Revolusi Harimau Malaya Antara Projek Menarik Dalam Bola Sepak Global
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Kebangsaan, Rob Friend akui Revolusi Harimau Malaya adalah antara projek menarik di pentas global.

Minggu lalu, Rob Friend dan Craig Duncan telah melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya dan telah disambut dengan baik oleh Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Hj Rahman serta individu penting di sana.

Ad

Menerusi sesi temu bual bersama FAM, Friend mengulas keberadaan beliau di sini adalah disebabkan visi dan misi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Ad

“Apa yang membuatkan saya teruja untuk projek ini adalah visi FAM dan visi Tunku Mahkota Ismail. Oleh sebab itulah, saya berada di sini,” ujar Rob Friend.

Menurut beliau lagi, projek revolusi Harimau Malaya yang sedang diusahakan ini begitu mengujakan dan menarik saat dimaklumkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail sebelum ini.

Ad

“Ketika saya bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail, Baginda turut menjelaskan berkenaan projek revolusi Harimau Malaya ini,” kata Friend

Ad

“Saya mempunyai banyak peluang kerjasama dalam dunia bola sepak dan menurut saya, ini (revolusi Harimau Malaya) adalah salah satu projek yang paling menarik dalam bola sepak global.”

Ad

Individu yang dikenali sebagai Robert Douglas Friend ini turut melihat kehadirannya bersama skuad kebangsaan ini sebagai satu peluang baik untuk meningkatkan bola sepak Malaysia.

“Saya turut melihat bahawa ini merupakan peluang yang unik untuk membangunkan bola sepak di Malaysia,” tambah Rob Friend yang miliki pengetahuan luas dalam hal korporat dan bola sepak.

Rob Friend ketika ini memiliki tugas besar untuk mempersiap pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan oleh Peter Cklamovski menjelang saingan Kelayakan Piala Asia 2027.

Lawan pertama pasukan negara adalah negara di ranking ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac hadapan sebelum menentang Vietnam pada Jun 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.