Rexy Mainaky: Kita Sedang Siapkan Pearly & Thinaah
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky kini fokus membantu mempersiapkan regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah.

Musim 2023 menyaksikan rentak kecemerlangan mereka kerap diganggu dengan isu kecederaan terutama selepas Sukan Asia 2023.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang Pearly-Thinaah daripada menduduki ranking ke-12 dunia untuk acara beregu wanita.

Advertisements

Justeru, fokus Rexy dalam tempoh sebulan sebelum musim baru jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula bukan saja memantapkan corak permainan mereka dalam gelanggang.

Malah, beliau mahu memastikan tahap kecergasan Pearly-Thinaah berada pada tahap terbaik dan bebas daripada kecederaan.

“Saya akan kembali (bantu) dari segi fizikal Pearly dan Thinaah juga. Thinaah juga ada sejarah kecederaan. Jadi, kita harus persiapkan mereka dari segi fizikal dan bebas daripada kecederaan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

Advertisements

Pencapaian terbaik Pearly-Thinaah untuk musim 2023 ialah naib juara Malaysian Masters dan Terbuka Hong Kong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram