Rezal Zambery & Kelantan Akhirnya Capai Kata Sepakat
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pengarah Teknikal Kelantan United FC, Rezal Zambery Yahya akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkenaan penyelesaian kewangan bersama pasukan lamanya, Kelantan FC.

Sebelum ini, bekas penolong jurulatih Kijang itu menyatakan isu tersebut masih belum diselesaikan oleh pengurusan kelab menerusi satu kenyataan di Instagram Story beberapa hari lepas.

Tetapi pada hari ini, satu penyelesaian telah dicapai antara kedua-dua pihak. Sehubungan dengan itu, Rezal mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada pengurusan The Red Warriors (TRW).

Advertisements

“Alhamdulillah… segala telah selesai. Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan TRW dan selamat maju jaya,” katanya menerusi catatan Instagram Story.

Pengurusan Kelantan FC turut mengucapkan terima kasih kepada Rezal atas jasanya bersama kelab dan mengucapkan selamat berjaya untuk perjalanan kariernya selepas ini.

Advertisements

“Jutaan terima kasih kepada coach Rezal Zambery di atas jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat bersama TRW Kelantan FC. Selamat maju jaya diucapkan kepada coach Rezal Zambery,” kata kelab dalam satu kenyataan semalam.

Dengan isu tersebut kini selesai, Rezal boleh memberi fokus kepada peranan barunya sebagai pengarah teknikal Kijang Hijau.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram