Ads
Rezal Zambery Lega Kelantan DN Kembali Raih Tiga Mata
Liga Super
Kelantan Darul Naim FC

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya lega melihat pasukan itu meraih kemenangan kedua dalam Liga Super.

Advertisements

Selepas meraih kemenangan ke atas PDRM FC pada 23 Jun lalu, pasukan itu terpaksa menempuh kemarau kemenangan sebanyak enam perlawanan.

Advertisements

Penantian tersebut akhirnya berakhir apabila Sang Kijang Emas menundukkan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Advertisements
Advertisements

Kapten, Oday Kharoub, Hakimi Abdullah dan Kim Li-kwan mencipta nama sebagai penjaring. Manakala Sang Rusa pula membalas menerusi Jacque Faye dan Sebastian Avanzini.

Rezal melihat barisan pemain Kelantan DN patut diberi pujian kerana menunjukkan kesungguhan untuk meraih kemenangan buat pasukan Pantai Timur itu.

Advertisements

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih pemain. Pujian kepada mereka kerana beraksi seperti dirancangkan.

“Mereka tidak kelam-kabut malah berjaya menyerap tekanan walau Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Banyak perkara positif di sini antaranya kita boleh menjaringkan gol. Bila Negeri Sembilan buat gol, kita berjaya cari sepakan percuma dan kita jaringkan. Gol kemenangan itu beri kami senyuman lebar,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan DN kini menduduki tangga ke-12 liga dengan enam mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Advertisements

Selepas ini, Sang Kijang Emas bakal berdepan KL City FC di Kota Bharu pada 18 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram