Advertising
Reziq Bani Hani Raih Kejuaraan Di Jordan
MakanBola
Al-Hussein SC

Bekas penyerang Selangor FC, Reziq Bani Hani meraih kejuaraan pertama dalam kariernya bersama kelab Al-Hussein SC.

Ini selepas kelab yang diberi jolokan Invaders of the North itu muncul juara Jordan Super Cup. Al-Hussein SC meraih kemenangan agregat 3-1 ke atas Al-Wehdat.

Ad

Kelab Jordan itu meraih kemenangan 3-1 dalam aksi final pertama pada 3 Februari. Adham Al-Qureishi, Majdi Al-Attar dan Reziq mencetak nama sebagai penjaring dalam aksi berkenaan.

Ad

Meskipun Al-Hussein SC diikat tanpa jaringan dalam aksi final kedua pada 6 Februari lalu, itu sudah cukup buat kelab yang berpangkalan di Irbid itu untuk muncul juara.

Ini gelaran juara pertama Reziq dalam kariernya sebagai pemain bola sepak. Sebelum ini, beliau membantu Merah Kuning bergelar naib juara Piala FA 2024.

Ad

Reziq bukan satu-satunya bekas bintang Liga Malaysia (Liga M) yang beraksi bersama Al-Hussein SC. Bekas pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi turut berada dalam pasukan sama.

Ad

Ini kejuaraan kedua buat Mahmoud dalam kariernya. Sebelum ini, beliau pernah meraih gelaran juara Piala AFC bersama Al-Muharraq pada 2021.

Ad

Kejayaan ini dijangka membakar semangat dua bekas bintang Liga M itu untuk membantu Al-Hussein SC muncul juara Jordanian Pro League (JPL).

Invaders of the North kini menerajui liga dengan 31 mata, lima mata di hadapan Al-Wehdat. Pasukan itu juga bakal menempuh pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Al-Sharjah pada 12 Februari.