Richard Chin Bantu Charlton Athletic Bedal Gillingham
Dunia
Richard Chin
Advertisements

Pemain kelahiran Malaysia-England, Richard Chin memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya, Charlton Athletic menewaskan Gillingham FC dengan keputusan 3-0.

Bintang muda berusia 19 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan beraksi dengan cukup baik dalam tempoh 81 minit di atas padang.

Richard yang diturunkan selaku pertahanan kiri pada perlawanan ini beraksi dengan cukup baik untuk mengekang asakan lawan.

Advertisements

Malah, beliau berjaya membantu barisan serangan Charlton dengan melakukan larian overlap beberapa kali.

Berdasarkan penilaian yang diberikan oleh SofaScore, beliau menjadi antara salah seorang pemain paling baik beraksi dengan purata persembahan sebanyak 7.3 kali ini.

Advertisements

Sungguhpun beliau beraksi pada posisi yang bukan menjadi kebiasaannya, Richard memenangi 9 daripada 11 pertarungan bola selain berjaya melakukan 3 bentesan, 2 pengeluaran bola dari zon bahaya dan 1 halangan.

Gillingham yang turut dibarisi pertahanan kebal Indonesia, Elkan Baggott gagal menandingi kehebatan tuan rumah apabila dihukum dengan 3 gol yang mengesahkan kemenangan pasukan.

Advertisements

Kemenangan itu menyaksikan Charlton memimpin kumpulan saingan Football League Trophy dengan 3 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram