Pemain berdarah Malaysia, Richard Chin semakin mendapat tempat bersama skuad senior Charlton Athletic yang kini berada di kasta ketiga Liga England.
Richard Chin berjaya membantu pasukannya untuk mara ke pusingan kedua Piala Carabao selepas menundukkan Walsall FC dengan keputusan 1-0.
Dalam perlawanan tersebut, Richard beraksi sebagai kesebelasan utama dan beliau beraksi selama 81 minit sebelum dikeluarkan kerana mengalami sedikit kecederaan.
Melalui tinjauan di laman Sofascore, Richard berjaya mendapat rating yang agak tinggi iaitu 7.1 daripada 10. Richard berjaya melakukan 58 setuhan keseluruhan. Beliau juga mencapai peratus ketepatan hantaran yang tinggi iaitu 84% di mana 31 hantaran daripada 37 yang dihasilkan berjaya tepat mencari rakan sepasukan.
Richard yang beraksi sebagai pertahanan kanan dalam perlawanan itu turut kerap kali melakukan ‘overlapping’ untuk membantu pasukan dalam usaha mencari gol.
Pemain muda berusia 19 tahun ini berpeluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang kerana datuknya berasal dari Malaysia dan beliau sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk mewakili Malaysia satu hari nanti.