Dunia
tomwestphotography
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia – Seychelles yang beraksi bersama Charlton Athletic di England mempamerkan aksi berkualiti dalam kemenangan 5-3 menewaskan Sheffield United.

Advertisements

Perlawanan tersebut melibatkan skuad bawah 21 tahun kedua-dua pasukan yang beraksi dalam saingan Professional Development League di England.

Dalam perlawanan tersebut, Richard telah menghasilkan satu bantuan gol yang mana ianya hasil daripada hantaran lintang dari sebelah kiri padang. Hantaran lintang tersebut berjaya ditanduk oleh pemain pertahanan, Lucas Ness untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Advertisements

Kemenangan ini sekali gus mengekalkan kedudukan Charlton Athletic U21 di takhta liga hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan yang dilalui.

Charlton U21 Richard Chin Pamer Aksi Bertenaga Bantu Charlton Tewaskan Sheffield
Sumber dari Flashscore.

Richard Chin merupakan salah seorang pemain kacukan yang beraksi di England selain Kobe Jae Chong yang kini beraksi untuk AFC Telford.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram