Ricky Kambuaya Raih Pujian, Sedia Sahut Cabaran Shin Tae-Yong Kembangkan Karier Ke Luar Negara
Dunia
PSSI
Advertisements

Bintang sensasi Indonesia, Ricky Kambuaya menyatakan minat dan keinginannya untuk beraksi di luar Indonesia. Pemain yang berusia 25 tahun itu sedia untuk menyahut cabaran jurulatih kebangsaannya, Shin Tae-Yong.

Prestasi memukau dan persembahan luar biasa Ricky Kambuaya pada edisi Piala AFF kali ini wajar sekali dipuji. Pemain ini bermain dengan sangat baik ketika diturunkan dan beliaulah yang menggalas tugas untuk menggerakkan jentera serangan pasukan.

Memiliki ketenangan dan pengawalan bola di kaki dengan baik, pemain kelab Persebaya Surabaya ini juga berjaya mempamerkan konsistensi dalam setiap perlawanan. Diketahui ramai, pengendali Indonesia, Shin Tae-Yong adalah individu yang banyak me­re­ko­­men­­­­­­ka­n pemain Indonesia ke luar negara.

Advertisements

Sebelum ini, Asnawi Mangkualam dan Ansan Greeners berjaya dibawa ke luar negara. Maka tidak mustahil peluang terbuka buat Ricky Kambuaya pula selepas ini. Ricky dalam pada itu turut menyatakan minat untuk beraksi di luar negara dan menganggap itu adalah peluang terbaik untuk mengembangkan kariernya.

“Jika benar saya akan dibawa coach Shin Tae-Yong untuk bermain di luar negara, tentunya itu sangat baik buat karier saya kerana saya ada kemahuan untuk berkasi di luar negara,” ujar Ricky pada sesi sidang media selepas perlawanan akhir kedua semalam.

Ricky dalam perlawanan semalam turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau juga berjaya menjaringkan gol sulung perlawanan. Impian Indonesia untuk bergelar juara Piala AFF bagaimanapun tertangguh apabila tewas keatas Thailand, 6-2 secara agregat pada pentas akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram