Risto Vidakovic Pengganti Zainal Di Melaka United
Liga Super
Ceres Negro/Facebook
Advertisements

Tatkala penyokong Melaka United berduka dengan berita kontrak jurulatih Zainal Abidin Hassan tidak disambung, kelab dilihat terus mara ke depan. Ini dibuat dengan mengumumkan perlantikan legenda Real Betis Risto Vidakovic sebagai jurulatih baru kelab.

Sebelum ini, beliau merupakan jurulatih Borneo FC selepas dilantik pada Oktober tahun lepas. Jurulatih Serbia itu turut menggondol kejuaraan liga Maldives bersama Maziya pada tahun lepas tanpa mencatat sebarang kekalahan sebelum dibawa menyertai pasukan Indonesia itu.

Selepas menggantung but bersama Poli Ejido pada musim 2001-2002, Vidakovic memulakan kariernya sebagai penolong Javier Clemente dalam pasukan kebangsaan Serbia pada 2006 dan Real Murcia pada 2008. Beliau kemudian mengorak langkah sebagai jurulatih Écija Balompie, Cadiz dan Real Betis B.

Advertisements

Pada 2013, Vidakovic berkelana ke kelab Honduras Motagua. Tetapi bakatnya sebagai jurulatih mula terserlah selepas menyertai kelab Filipina, Ceres Negro pada 2016. Selepas mengakhiri tahun tersebut sebagai naib juara di belakang Global, Ceres melakar pencapaian membanggakan dengan menjulang kejuaraan Liga Bola Sepak Filipina sebanyak tiga kali iaitu 2017, 2018 dan 2019.

Menariknya, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bimbingan Benjamin Mora sudah merasa penangan Ceres yang dibimbing Vidakovic. Apabila kedua-dua pasukan bertembung di peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC 2017, Ceres layak ke final menerusi peraturan jaringan tempat lawan selepas terikat seri 4-4 secara agregat. Dengan Mora dan Vidakovic bertembung dalam liga musim ini, ini bakal menjanjikan satu lagi pertembungan menarik antara JDT dan Melaka United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram