Dunia
Advertisements

Baru-baru ini, Bayern Munich telah memenangi sextuple iaitu merangkul 6 kejuaraan untuk semusim. Prestasi luar biasa Bayern ini dikaitkan dengan kebijaksanaan pengurus baharu mereka, Hansi Flick. Namun, prestasi pemain bintang mereka, Robert Lewandowski juga antara faktor terbesar kejayaan mereka. Kini, Lewandowski sedang mengganas di Bundesliga.

Robert Lewandowski merupakan pemain kelahiran Poland dan memulakan karier bolasepak beliau seawal tahun 1996. Bagi penampilan senior, Lewandowski hanya bermain di liga negara Poland bersama kelab seperti Delta Warsaw, Legia Warsaw II, Znicz Pruszkow dan Lech Poznan.

Musim pertama beliau bersama Lech Poznan, Lewandowski telah menjadi penjaring gol kedua terbanyak carta liga dengan 18 gol. Musim seterusnya beliau berjaya memenangi kejuaraan bersama Lech Poznan dan merangkul anugerah penjaring terbanyak dengan 18 gol.

Advertisements

Pada tahun 2010, Lewandowski akhirnya menyertai Borussia Dortmund yang ketika itu dipimpin oleh Jurgen Klopp dengan tag harga €4.5 juta. Prestasi musim pertama beliau agak menghampakan ekoran kecederaan yang menimpa dirinya. Namun memasuki musim kedua, Lewandowski mula menemui sentuhan berbisanya.

Sepanjang 4 tahun di Dortmund, Lewandowski berjaya memenangi kejuaraan Bundelisga dua musim berturut-turut (2010-2011, 2011-2012), juara DFB Pokal 2011-2012 dan DFL Supercup 2013. Lewandowski  bagaimanapun hanya mampu meraih naib juara Liga Juara-Juara Eropah 2012-2013 bersama Dortmund. Lewandoski juga memenangi anugerah kasut emas Bundesliga pada musim 2013-2014 dengan jumlah 20 gol semusim.

Screenshot 146 Robert Lewandowski Penyerang Prolifik Eropah Ketika Ini
Statistik beliau bersama Borussia Dortmund

Namun pada akhir tahun 2013, Lewandowski melakukan sesuatu yang mengejutkan para penyokong Borussia Dortmund apabila mengumumkan beliau akan menandatangani pre-kontrak bersama seteru Dortmund, Bayern Munich.

Advertisements

Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan penyokong Dortmund kesal dan kecewa apabila Lewandowski tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan pergi ke kelab rival mereka secara percuma.

Pelaburan yang berbaloi buat Bayern Munich kerana berjaya mendapatkan Lewandoskis secara  percuma lebih-lebih lagi Lewandowski ketika itu baru berusia 26 tahun. Dikategorikan sebagai penyerang prolifik di Eropah, Lewandowski memenuhi jangkaan penyokong Bayern apabila sentuhan emas beliau tidak pernah hilang.

Statistik beliau bersama Bayern Munich

17 gol liga untuk musim pertama, Lewandowski bagaikan dirasuk apabila menjaringkan 30 gol liga untuk musim keduanya. Boleh dikatakan 30 gol liga yang dicapainya itu telah menjadi penanda aras yang baru buat beliau apabila pada musim-musim seterusnya, Lewandowski menjaringkan 30 gol liga musim 2016-2017, 29 gol liga musim 2017-2018, 22 gol liga musim 2018-19 dan 34 gol liga musim 2019-2020.

Advertisements

Antara momen yang paling tidak masuk akal ialah apabila Lewandowski menjaringkan 5 gol dalam 9 minit ketika bertemu Wolfsburg pada tahun 2015. Masuk sebagai pemain gantian, Lewandowski akhirnya telah mencipta sejarah dalam bolasepak Bundesliga pada waktu itu.

Pada musim 2020-2021 ini, Lewandowski sudah berjaya menjaringkan 31 gol liga dalam 23 perlawanan. Bundesliga ketika ini masih berbaki kira-kira 11 perlawanan namun beliau sudah menjaringkan lebih 30 gol. Prestasi konsisten beliau sememangnya layak dipuji.

Lewandowski menjulang Piala DFB-Pokal bersama Bayern Munich

Bersama Bayern Munich, Lewandowski telah memenangi pelbagai kejuaraan dan yang terbaru, mereka memenangi sextuple. Selain kejuaraan bersama pasukan, banyak anugerah individu yang dimenangi beliau namun pada musim lalu, beliau terlepas peluang memenangi Ballon d’or yang dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Advertisements

Namun musim ini, Lewandowski dilihat mampu untuk memenanginya buat kali pertama berdasarkan prestasi konsisten beliau. Beberapa pemain eropah yang lain seperti Lionel Messi dan Ronaldo yang kebiasaannya mendominasi Ballon d’or juga agak tenggelam aksi mereka musim ini mencerahkan lagi peluang untuk Lewandowski.

Aksi Lewandowski ketika bersama Poland

Aksi beliau bersama skuad negara Poland juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjaringkan 63 gol dalam 116 penampilan. Lewandowski juga merupakan kapten pasukan Poland ketika ini. Kini berusia 32 tahun, Robert Lewandowski dilabel €60 juta oleh transfermrkt.

Tidak keterlaluan jika kita meletakkan Robert Lewandowski sebaris dengan bintang-bintang eropah yang lain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Luis Suarez dan Kylian Mbappe kerana aksi konsisten beliau dalam menjaringkan telah membantu Bayern meneruskan dominasi mereka dalam kancah Bundesliga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram