Rodri Semakin Hampiri Barcelona
MakanBola
Manchester City

Arkitek Manchester City, Rodri semakin hampir menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

El Mundo Deportivo melaporkan City dan Barca semakin hampir mencapai persetujuan berhubung perpindahan pemain berusia 30 tahun itu.

Sekiranya persetujuan berjaya dicapai, Barcelona dijangka membayar yuran perpindahan sebanyak €55 juta (RM260 juta) kepada juara The Emirates FA Cup itu.

Selain itu, pasukan yang kini dibimbing bekas pengurus Chelsea, Enzo Maresca juga akan mendapat seorang pemain baharu dari Camp Nou sebagai sebahagian daripada tawaran kelab LaLiga itu.

Sekiranya persetujuan masih belum dicapai, City berharap Rodri akan kembali melapor diri selepas bercuti selama tiga minggu. Bekas pemain Atletico Madrid itu akan melapor diri pada 14 Ogos ini selepas membantu Sepanyol muncul juara Piala Dunia.

City juga mengatur perancangan jangka panjang untuk mendapatkan pengganti Rodri. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melaporkan The Citizens telah mencapai persetujuan dengan bintang muda Maghribi, Ayyoub Bouaddi.

Susulan itu, City dijangka mengalihkan fokus untuk memuktamadkan perjanjian dengan kelab Bouaddi, Lille. City berharap beliau dapat berpindah ke Stadium Etihad pada musim ini dan bukan pada musim 2027/28.