Cristiano Ronaldo Jadi Manusia Pertama Cecah 250 Juta Pengikut di Instagram
Dunia
Advertisements

Hari ini secara rasminya Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama di muka bumi ini yang berjaya memperoleh bilangan pengikut melebihi 250 juta sekaligus mengungguli carta pertama akaun instagram (individu) yang paling ramai pengikut.

Instagram Cristiano Ronaldo juga merupakan akaun ke-2 paling ramai pengikut selepas akaun Instagram @instagram yang mempunyai 382 juta pengikut.

Cristiano Ronaldo merupakan pemenang 5 kali Ballon d’Or dan beliau juga merupakan pemain bola sepak paling ramai peminat sejak penghijrahannya ke Real Madrid pada tahun 2009.

Advertisements

Memulakan karier profesionalnya bersama Spoting Lisbon pada tahun 2002, Ronaldo berjaya menarik perhatian Sir Alex Ferguson seterusnya membawanya ke Manchester United sebelum beliau berpindah ke Real Madrid (2009) dan Juventus (2018).

Sehingga hari ini Ronaldo berjaya menjaringkan 462 gol bersama Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram