Advertising
Roslin Hashim Kenal Pasti Punca Kecederaan Ng Tze Yong
UltraSukan
Astro Arena

Bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim percaya perubahan rejim latihan sedikit sebanyak menyumbang kepada kecederaan beberapa pemain badminton negara termasuk Ng Tze Yong.

Pandangan tersebut dibuat selepas melihat masalah kecederaan yang melanda pemain skuad badminton negara sebelum ini.

Ad

Bagi Roslin, tidak mustahil rejim latihan yang diperkenalkan memberi kesan kepada pemain yang memiliki fizikal yang lemah.

Ad

“Mungkin program latihan itu sukar tetapi ia disesuaikan mengikut sukan badminton. Contoh, kalau Datuk Lee Chong Wei boleh tahan, kenapa pemain sekarang tak boleh bertahan?

“Itu yang macam menimbulkan (persoalan). Yalah, kita ambil daripada apa yang Pengarah Kejurulatihan (Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy (Mainaky), beliau cakap kosong (impak) kepada (pemain) macam Tze Yong.

Ad

“Bila benda ini (berlaku), keadaan anda sebagai pemain badminton elit tak kuat dari segi fizikal, memang cepatlah dilanda kecederaan,” katanya dalam temubual bersama Nadi Arena semalam.

Ad

Atas sebab itu, Roslin menasihati pemain badminton negara agar mengatur persiapan diri dengan lebih bijak.

Ad

Ini kerana dengan pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 semakin menghampiri penghujungnya, pemain-pemain bakal bergelut bagi mendapatkan setiap mata kelayakan yang ditawarkan.

“Mana-mana pemain yang rasa susah di penghujung, mungkin akan bergelut (mendapatkan mata kelayakan Sukan Olimpik). Kejohanan setiap bulan memang ada.

“Jadi macam mana mereka nak buat persiapan dari segi persediaan (fizikal), dari segi prestasi. Mereka ini kena berusaha keras macam mana nak layak ke Sukan Olimpik.

“Sebab perancangan itu sudah ada sejak tiga tahun lepas. Jadi, takkan perkara itu boleh berubah pada saat akhir,” tambahnya.

Perjuangan mendapatkan mata kelayakan Sukan Olimpik 2024 diteruskan dengan German Open yang bakal berlangsung dari 27 Februari hingga 3 Mac ini.