Dalam perlawanan Manchester United menentang Liverpool semalam, Sky Sports menjemput panel penganalis untuk rancangan sukan mereka. Selain Graeme Souness dan Gary Neville selaku pengulas tetap, rangkaian itu juga menghadirkan Jose Mourinho serta Roy Keane.

Akan tetapi, terdapat satu perbalahan menarik dari panel-panel ini didalam rancangan tersebut. Ianya berkisarkan perbezaan pendapat mengenai ketandusan penyerang prolifik didalam pasukan United antara Gary dan Souness.
Souness memulakan “[Mason] Greenwood pada usia tujuh belas tahun? Apa yang boleh United harapkan. Pergi dan dapatkan penyerang yang boleh membuatkan pasukan anda menang”.
Gary membalas “Sebelum ini ada Romelu Lukaku dalam pasukan yang mempunyai kadar jaringan tinggi. Tetapi beliau [Ole Gunnar Solksjaer] tidak mahukannya”.
Souness menempelak “Jadi adakah keputusan yang tepat untuk melepaskan Lukaku dan memulakan musim baru tanpa sebarang ganti di posisi itu? Ayuh Gary, ini United”.
Gary kembali berkata “Baiklah, kamu katakan sesiapa saja boleh dibeli”.
Souness menyanggah “Bukan, maksud saya bukan sebarang pemain. Anda perlu mendapatkan seorang penyerang dengan margin jaringan yang terbukti”.
Selepas lama mendengar pertenlingkahan itu, Keane datang mencelah.
“Pergi dan beli Harry Kane. Senang bukan?”.
Ketika ini semua panel didalam studio terkesima dengan jawapan bekas kapten United.
Keane menyambung lagi “Anda hanya perlu pergi ke Spurs dan membida Kane. Ianya mudah. Beliau menjaringkan dua puluh gol setiap musim, semua orang melihat buktinya. Pemain ini tidak kelam-kabut, pergi dan dapatkan beliau”.
Keane sempat menyindir dalam nada tegas kepada semua panel “Kenapa kamu semua merenung saya seperti itu?”.
Akhirnya Souness bersetuju dengan kenyataan Keane “Betul tu, dapatkan yang terbaik kerana itulah yang selalu United lakukan sebelum ini”.
Sumber: Buletin Manchester United & Sky Sports