Rupa-rupanya Pemain Terbaru JDT Anak Raja

JDT SS Rupa-rupanya Pemain Terbaru JDT Anak Raja
Foto: Johor Southern Tigers
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dikurniakan pangkat selaku pengeran oleh Indonesia selepas beliau dikatakan berasal dari keturunan Raja.

Hal ini telah pun disahkan secara rasminya oleh  Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara Indonesia.

Advertisements

Malah, gelaran Pangeran ini juga diberikan kepada bekas bintang Real Betis ini atas faktor beliau sebenarnya berketurunan diraja Indonesia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan tersebut, Amat disahkan sebagai generasi ketiga kepada keturunan Raja M.D Kansil yang merupakan pemerintah kerajaan Riau di Sulawesi Utara.

Advertisements

“Dengan ini menyampaikan dasar perhatian dan penghargaan terhadap Trah Keluarga Besar Raja & Sultan Nusatara Indonesia dalam hal ini perkumpulan Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara menyambut dengan penghormatan kepada YM Pangeran Jordi Amat Maas, generasi ketiga dari Raja M.D Kansil, kerajaan Riau, Sulawesi Utara,” kata kenyataan tersebut.

Perkara ini juga dikongsi oleh pemain ini di laman rasmi Instagramnya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang berkaitan.

Advertisements

“Terima kasih banyak kepada Raja John dari Ulu Siau. Satu penghormatan untuk saya dan juga keluarga saya.”

“Terima kasih juga untuk orang yang mendukung saya, tak sabar untuk kita meraih impian bersama.”

Advertisements

Amat dijangka bakal memperkuat pasukan dalam masa terdekat apabila sudah pun turun menjalani latihan secara rasminya.