Ryan Teague Didakwa Keturunan Malaysia, Pengganti Brendan Gan?
MakanBola
Gomv FC / FA MALAYSIA

Pengganti jangka panjang Brendan Gan iaitu Ryan Teague ditemui lincah beraksi di Australia.

Pemain berusia 36 tahun itu beraksi bersama KL City FC pada musim ini setelah meninggalkan Selangor FC.

Ad
Advertisement

Jeneral tengah kelahiran Suttherland Shire, Australia ini menjadi watak penting pasukan kebangsaan sejak hampir 8 tahun lalu telah memasuki fasa akhir kariernya.

Ad

Pengganti Brendan Gan kini disebut hebat di Australia apabila pemain berusia 22 tahun, Ryan Teague dilaporkan boleh beraksi buat Malaysia.

Advertisement

Perkara ini diumumkan oleh laman Frfuturetalents mengenai perancang tengah Melbourne Victory berpotensi untuk mewakili skuad kebangsaan.

Pemain kelahiran Sydney ini memiliki kebolehan kaki kiri yang baik selain berketinggian 1.82 meter sekaligus memiliki profil baik sekiranya membantu negara.

Ad
Advertisement

Laman Transfermarkt juga mengesahkan bahawa pemain ini memiliki kelayakan untuk mewakili skuad negara.

Ad
Copy of Untitled Design 56 Ryan Teague Didakwa Keturunan Malaysia, Pengganti Brendan Gan?

Ryan boleh beraksi dengan begitu baik selaku pemain tengah bertahan (CDM) dan juga perancang tengah (CM).

Advertisement

Beliau memiliki nilai pasaran sekitar 400,000 USD (RM1.8 Juta) dan bakal menjadi antara pemain termahal Malaysia sekiranya menjadi kenyataan.