Ads
Brendan Gan Mahu Malaysia Jadi ‘Raja Asia Tenggara’
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan mahu pasukan Malaysia menjadi pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara.

Advertisements

Brendan Gan berpendapat kejohanan ASEAN Championship memberikan banyak kebaikan untuk pasukan negara dan tidak memandang rendah kualiti kejohanan tersebut.

Advertisements

ASEAN Championship atau dulunya dikenali sebagai Piala AFF bakal menampilkan 10 pasukan dan dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember tahun ini.

Advertisements
Advertisements

“Ya, saya fikir pasukan kebangsaan akan dapat banyak faedah yang boleh diraih daripada kejohanan ASEAN Championship. Terdapat banyak perlawanan penting yang perlu dilalui sebelum kejohanan ini nanti.

“Sekali lagi, ASEAN Championship ialah satu kejohanan di mana kita memiliki kaitan rapat dan pasukan yang bertanding semuanya berkualiti tinggi.

Advertisements

“Jadi, bila cabutan itu dibuat, tiada yang bersifat bagus dan akan ada persaingan. Kita harap kali ini Malaysia dapat menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara.” ujar Brendan Gan.

Perancang tengah KL City itu yakin pertandingan tersebut merupakan pentas terbaik untuk Malaysia membuktikan diri selaku pasukan terhebat di Asia Tenggara.

Advertisements

Malaysia berada dalam kumpulan A yang menyaksikan pasukan seperti Thailand, Singapura, Kemboja dan pemenang aksi play-off antara Brunei atau Timor Leste dalam satu kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram