Sabah mengumumkan 14 orang pemain telah meninggalkan kelab secara rasmi selepas tamat kempen musim 2025/26.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan itu. Antara yang sah meninggalkan Sabah ialah penjaga gol terkemuka, Khairul Fahmi Che Mat, Fergus Tierney, Gary Steven Robbat, Kumaahran, Jafri Chew, Maxsius Musa, Shahrol Nizam Rahman, Ritchie Svenson & Amir Jef Anjam.
Selain itu, 5 pemain import The Rhinos pada musim lalu turut dilepaskan iaitu, Gabriel Peres, Dean Pelekanos, Ernesto Phumipha, Belfort Kervensfils dan Chris Ondong Mba melengkapkan senarai 14 pemain yang meninggalkan pasukan Borneo itu.
“Once a Rhino, always a Rhino. Sabah FC ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemain yang telah menjadi sebahagian penting dalam Skuad Badak.”
“Segala pengorbanan, perjuangan dan sumbangan yang telah diberikan amat bermakna bagi kami. Ia akan sentiasa dikenang dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Sabah FC.”
“Selamat Maju Jaya dalam perjalanan kerjaya seterusnya. Sekali Rhino, tetap Rhino bagi Khairul Fahmi Che Mat, Fergus Tierney, Gabriel Peres, Gary Steven Robbat, Kumaahran Sathasivam, Jafri Chew, Maxsius Musa, Dean Pelekanos, Ernesto Phumipha, Belfort Kervensfils, Chris Ondong Mba, Shahrol Nizam Rahman, Ritchie Svenson dan Amir Jef Anjam,” kata Sabah dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Selepas itu, Sabah turut mengumumkan 13 pemain yang kekal bersama The Rhinos bagi musim 2026/2027 termasuk dua pemain import.
“Still Rhinos. Kisah mereka belum selesai. Perjuangan Skuad Badak diteruskan untuk musim 2026/2027,” ujar Sabah.
Pemain-pemain tersebut ialah penjaga gol, Damien Lim, Ramzi Mustakim, Rawilson Batuil, R.Dinesh, Dane Ingham, Harith Naem, Dominic Tan, Farhan Roslan, Darren Lok, Miguel Cifu, Rozacklye, Fakrul Iman dan Rusdi Roslan.
Sabah diramal bakal membawa masuk beberapa pemain ternama seperti Halim Shaari dan Fayadh Zulkifli bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.