Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Pemain kelahiran Indonesia, Saddil Ramdani memohon agar netizen Indonesia untuk bersikap profesional dan tidak menghemburkan kata-kata yang negatif terhadap pasukan Sabah FC.

Hal ini kerana Sabah FC yang tidak memberi pelepasan kepada Saddil untuk sertai Timnas Indonesia ke Sukan Sea dengan alasan pertandingan tersebut tiada dalam kalendar FIFA.

Tambah Saddil, beliau tidak mahu perkara ini berlanjutan dengan lebih parah lagi. Oleh itu, beliau menafikan segala kenyataan yang menyalahi pokok pangkal asalnya.

Advertisements

Saddil dalam pada itu mengakui bahawa beliau bukanlah seorang istimewa yang mampu memberi impak dalam Timnas Indonesia di Sukan Sea tersebut. Beliau percaya lebih ramai lagi pemain yang berkualiti berbanding dengan dirinya sendiri di sana.

Sungguhpun begitu, pemain berusia 23 tahun ini tetap percaya akan kemampuan skuad kebangsaan Indonesia harungi Sukan Sea dengan jayanya.

Pemain muda ini juga sentiasa mendoakan kejayaan negara kelahirannya terus cemerlang walau dalam apa jua sekalipun pertandingan yang dipertanding seperti yang dipetik dalam laman Instagram rasminya.

Advertisements
saddilramdani Saddil Ramdani Mohon Netizen Indonesia Bersikap Profesional
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram