Saddil Ramdani Terpaksa Disisihkan Ong Kim Swee
Dunia
Saddil Ramdanii
Advertisements

Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani terpaksa disisihkan dalam skuad Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia 2021 ekoran kecederaan yang menimpa pemain itu.

Pemain yang berusia 22 tahun itu dijangka akan berehat untuk satu tempoh jangka masa yang panjang akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya. Saddil dikatakan telah mengalami kecederaan di bahagian pangkal peha.

Menurut laporan daripada Labola Malaya, pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir memaklumkan bahawa Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan akibat kecederaan yang pernah dialaminya dalam saingan Liga Super tempoh hari.

Advertisements

“Doktor pakar di Hospital KPJ Damansara mengesahkan Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya 3 bulan jika ingin pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang ialaminya sejak 5 perlawanan terakhir saingan liga super.”

Marzuki turut menambah, ketiadaan Saddil semestinya akan merencatkan percaturan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia 2021. Begitupun, Marzuki menegaskan bahawa kesihatan Saddil adalah lebih utama supaya beliau dapat pulih sepenuhnya sebelum kempen liga musim depan bermula.

“Memang ketiadaannya menjejaskan perancangan kita di Piala Malaysia tapi yang lebih penting pengurusan amat mengharapkan Saddil segera pulih untuk menghadapi saingan Liga Super 2022.”

Advertisements

Dalam pada itu, Saddil turut terlepas untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 kelak. Menurut laporan daripada media Indonesia, pengendali Indonesia Shin Tae-Yong telah memanggil pemain Kelab Persebaya Surabaya, Rizky Ridho sebagai pengganti kepada Saddil Ramdani.

Ketiadaan prospek muda ini dalam pasukan Sabah FC pastinya akan mengganggu sedikit sebanyak percaturan Ong Kim Swee untuk memperkukuh pasukan. Sabah FC kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan D selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia 2021

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram