Sadio Mane Bina Stadium Di Senegal
MakanBola
Al-Nassr
Sponsors

Kemurnian hati bintang Senegal, Sadio Mane terus mencuri perhatian peminat bola sepak dunia.

Terbaru, IGIHE Sports melaporkan bintang kelab Al-Nassr itu telah merasmikan sebuah stadium baru yang dibina di kampung halamannya, Bambali, Senegal.

Ad
Sponsors

Majlis perasmian stadium berkenaan turut disertai oleh tokoh-tokoh kemasyarakatan sekitar Bambali.

Ad

Ini merupakan usaha berterusan Mane untuk mengubah taraf kehidupan penduduk Bambali menjadi lebih baik terutama bagi golongan muda.

Bekas penyerang Liverpool itu dapat kembali ke Bambali untuk merasmikan pembukaan stadium tersebut kerana mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan Senegal.

Ad

Pasukan Singa Teranga kini berada di fasa akhir persiapan sebelum menyertai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang berlangsung pada bulan ini.

Ad

Usaha membina stadium di Bambali digerakkan selepas Mane dilihat bermain bola di atas padang berlumpur di situ bersama Papiss Cisse dan El Hadji Diouf seperti dilaporkan Usher Komugisha.

Pada ketika itu, beliau sedang bergelut mendapatkan masa permainan mencukupi bersama kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Gambar Mane bermain di atas padang berlumpur Bambali tular di media sosial. Melihat keadaan padang yang kurang sesuai untuk aktiviti riadah, beliau berikrar akan membina sebuah stadium di kampung halamannya itu.

Selepas berita ini diketahui peminat bola sepak, ramai orang memuji kemurnian hati yang dimiliki beliau.

Ini kerana walaupun mendapat gaji lumayan sebagai pemain bola sepak, Mane tidak pernah lupa tentang asal-usulnya termasuk membantu orang lain yang ditimpa kesusahan.

Selain stadium, Mane juga aktif membantu menggerakkan projek pembinaan aset komuniti seperti sekolah, pejabat pos dan stesen minyak di Bambali.

Bekas penyerang Southampton itu bakal menjadi sandaran Senegal untuk mempertahankan gelaran AFCON yang dimenangi pada 2022. Mereka berada dalam Kumpulan C bersama Guinea, Gambia dan Cameroon.

Kelibatnya bakal ditagih lebih-lebih lagi selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama Al-Nassr. Mane kini telah menjaringkan 12 gol daripada 26 penampilan dalam semua kejohanan.