‘Golazo’ Safawi Rasid Buka Mata Héctor Bidoglio 
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kembali mendapat rentak terbaiknya apabila menjadi watak penting ketika membantu pasukan menewaskan KL City.

Anak jati kelahiran Terengganu ini dimasukkan sebagai pemain gantian jelas memberi impak yang cukup besar kepada persembahan pasukan.

Beliau bermain dengan cukup baik apabila membentuk gandingan dan juga persefahaman bersama Bergson dan juga Fernando Forestieri.

Advertisements

Safawi berjaya mencatatkan nama selaku penjaring ke-5 buat Harimau Selatan sekaligus melengkapkan malam gemilang di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada perlawanan semalam, pemain berusia 25 tahun ini cemerlang meletakkan dirinya dalam posisi yang baik untuk menerima hantaran daripada Afiq Fazail.

Advertisements

Beliau yang tidak dikawal oleh pemain KL City kemudiannya melepaskan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti lalu melepasi kawalan Kevin Mendoza.

Gol itu menjadi gol ketiganya pada musim ini dan gol pertama di bawah kendalian jurulatih baharu, Hector Bidoglio.

Advertisements

Permulaan cemerlang ini dijangka mampu menjadi titik kebangkitan buat beliau untuk merebut kesebelasan utama JDT dan juga skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram