Safawi Rasid Ledak Dua Gol Bersama Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid sudah mula mempamerkan bisanya bersama Terengganu FC.

Ini selepas pemain berusia 26 tahun itu meledakkan gol dalam aksi latihan membabitkan pemain skuad Peteh yang berlangsung di TFC Training Centre hari ini.

Perlawanan latihan ini merupakan peluang buat jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menilai kemahiran dan kemampuan setiap anak buahnya.

Advertisements

Safawi yang mewakili pasukan biru membuktikan dirinya terus berbisa dengan meledakkan dua gol. Pasukan itu kemudiannya diikat 2-2 oleh pasukan hijau menerusi gol Ismaheel Akinade dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Selain Safawi, Akram Mahinan, Azam Azmi Murad, Matthew Steenvorden dan Ubaidullah Shamsul Fazili turut berada dalam pasukan biru.

Advertisements

Manakala Akinade, Nik Sharif Haseefy, Akhyar Rashid, Safwan Mazlan, Argzim Redzovic dan Nurillo Tukhtasinov pula mewakili pasukan hijau.

Berita ini dijangka menggembirakan penyokong Terengganu kerana bisa Safawi mampu mempertajam jentera serangan mereka.

Advertisements

Selain itu, kemunculan semula Ubaidullah dalam sesi latihan skuad Peteh turut melegakan penyokong.

Bek tengah berusia 20 tahun itu sebelum ini terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan dalam aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Safawi menyertai Terengganu untuk musim 2024-2025 dari JDT menerusi perpindahan pinjaman semusim bersama Akhyar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram