Safawi Rasid Didakwa Terkena Sindrom OTS
Dunia
Advertisements

Pemain Paling Bernilai Liga M (MVP), Safawi Rasid yang beraksi bersama pasukan kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) didakwa mengalami sindrom terlebih latihan ‘over training syndrome (OTS)‘ hingga menyebabkan prestasinya merundum.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan OTS adalah sindrom yang akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan atlet.

Gangguan hormon yang dialami atlet menjadikan mereka gagal memberikan fokus yang diperlukan semasa beraksi di padang.

Advertisements

Justeru, Mohd Sadek tidak menolak kemungkinan sindrom itu sedang dialami Safawi Rasid dan langkah terbaik untuk memulihkan semula prestasinya adalah memberikannya rehat yang cukup.

“Selepas liga (Malaysia) musim lalu dia terus pergi ke Portugal, berlatih. Selepas tiga bulan dia balik Malaysia, berlatih dan selepas itu bermula liga, dia berlatih lagi.”

“Kemudian masuk pula kelayakan Piala Dunia dia pun berlatih juga, jadi dia tiada masa rehat yang cukup untuk sistem tubuh dia terutama sistem saraf dan Safawi mungkin melalui proses OTS.”

Advertisements

“Ia menyebabkan gangguan neurohormon hingga fokusnya terganggu dan dengan latihan berterusan menyebabkan dia kelesuan walaupun dia mengambil vitamin.”

“Badan dia juga tidak boleh bertindak balas dengan baik terhadap latihan yang diberikan walaupun luaran nampak dia bekerja. Kelesuan ini bukan sistem tubuh saja, tapi otak pun lesu kerana sistem saraf dikawal oleh otak.”

“Safawi perlukan rehat dan tenangkan fikiran. Sebab itu pemain di Eropah pergi bercuti di pantai ketika tempoh rehat liga. Namun, mereka masih berjoging atau buat latihan ringan untuk kekalkan kecergasan,” katanya kepada BH Sukan pada Isnin 28 Jun 2021.

Advertisements

Safawi yang sebelum ini menjadi tonggak harapan Harimau Malaya dan Harimau Selatan dilihat mengalami kemerosotan prestasi terutama ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal bulan ini.

“Kelab perlu buat kajian, mereka ada psikologi, perubatan dan pakar sains sukan. Maklumat perlu dikumpulkan dan diputuskan barisan kejurulatihan. Kalau dia terus ditekan, itu akan mengganggu perasaan dia.”

“Mungkin dengan memberikan rehat dalam dua atau tiga minggu dapat memulihkan semula keyakinan dan fokus Safawi, serta memulihkan semula sistem neurohormon dia,” jelas Mohd Sadek lagi.

Advertisements

Safawi Rasid sebelum ini mengalami keceraan teruk ketika berhadapan pasukan UiTM dalam saingan Liga Super seawal minit ke-9 perlawanan dan kini bergelut mendapatkan semula rentak dan kecerdasan yang pernah beliau miliki.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram