Gol yang dijaringkan oleh pemain oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid telah pun meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi watak penting buat pasukan negara berdepan Kepulauan Solomon tatkala Malaysia meraih kemenangan besar 4-1.
Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian memainkan peranan yang cukup penting untuk menambah gol skuad Harimau Malaya.
Gerakan Safawi akhirnya meraih perhatian FIFA yang tertarik dengan kecantikan gol tersebut.
Anak jati kelahiran Terengganu ini menyambut baik hantaran rakan sepasukan sebelum melakukan sentuhan sempurna.
Safawi tidak berfikir panjang sebelum melepaskan satu rembatan ‘half volley’ melepasi kawalan penjaga gol lawan, Mango.
Gol tersebut tercalon sebagai pesaing pada bulan Jun seperti yang dikongsikan oleh FIFA dalam satu ciapan di twitter.
Ini juga bakal menyaksikan Malaysia berpotensi untuk memiliki calon terbaik selepas pemenang Puskas tahun 2016, Faiz Subri.