Safee Sali & Darren Lok Tidak Senada Tentang Isu Padang SNBJ
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Dua penyerang handalan negara, Safee Sali dan Darren Lok tidak senada tentang isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi satu kenyataan di laman Youtube Sports Tarik, lagenda bola sepak negara itu memiliki pandangan tersendiri tentang kualiti padang SNBJ.

Katanya, antara salah satu faktor yang menjejaskan persembahan skuad Harimau Malaya adalah disebabkan keadaan padang yang tidak bersedia sepenuhnya.

Advertisements

“Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya cakap ini. Perkara ini berkaitan padang. Kita sudah pun maklum padang memang sangat teruk.”

“Mana boleh main padang macam tu. Padang terangkat dan bila pemain pergi untuk betulkan padang itu, bagi saya itu bukan padang yang sesuai untuk pasukan nasional bermain,” ujar Safee Sali.

Penyerang Sabah FC, Darren Lok pula memberi pendapat berbeza dengan merasakan bahawa faktor padang tidak menjadi punca Malaysia tidak berjaya mempamerkan persembahan yang diharapkan.

Advertisements

“Tidak, ia bukan soal padang. Kedua-dua pasukan beraksi di atas padang yang sama. Ia tidak ideal untuk bercakap tentang padang dan kita tahu persiapan memberi kesan kepada keputusan menentang Oman.”

“Kita tidak boleh menggunakan padang sebagai alasan kerana kedua-dua pasukan berjuang di atas padang yang sama,” jelasnya kepada MakanBola.

Harimau Malaya masih memiliki baki dua aksi menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei dalam misi untuk mara ke pusingan ketiga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram