“Saya Rasa Romel Morales Patut Dikeluarkan, Bukan Darren Lok”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali merasakan pertukaran untuk mengeluarkan Darren Lok berbanding Romel Morales telah memakan diri.

Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Sports Tarik berkenaan analisis aksi antara Harimau Malaya menentang pasukan ke-77 dunia, Oman.

Safee berpendapat bahawa antara masalah lain yang mengganggu rentak permainan skuad kebangsaan adalah disebabkan beberapa pertukaran yang kurang wajar.

Advertisements

Beliau juga sebelum itu menganggap bahawa keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak bersedia sepenuhnya telah menyebabkan anak didik Kim Pan-gon gagal mendapat kelebihan beraksi di lan sendiri.

“Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya cakap ini. Perkara ini berkaitan padang. Kita sudah pun maklum padang memang sangat teruk.”

“Mana boleh main padang macam tu. Padang terangkat dan bila pemain pergi untuk betulkan padang itu, bagi saya itu bukan padang yang sesuai untuk pasukan nasional bermain.”

Advertisements

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) ini turut memberitahu bahawa pertukaran untuk mengeluarkan penyerang utama negara itu seperti tindakan makan diri.

“Saya rasa pemain gantian pun lewat dimasukkan. Endrick ganti Darren Lok, Brendan Gan ganti Syamer Kutty. Saya rasa Romel Morales yang patut dikeluarkan dan biarlan Darren Lok bermain di situ.”

“Biarkan Darren buat tekanan. Kalau saya nak komen sudah pasti ada banyak perkara,” jelas Safee Sali dalam satu audio siar.

Advertisements

Malaysia masih memiliki dua perlawanan berbaki dengan pertemuan menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram