Safee Sali: Projek Naturalisasi Antara Punca Kemerosotan Pasukan Harimau Malaya
Dunia
PFAM
Advertisements

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Safee Sali percaya, projek naturalisasi menjadi antara faktor kemerosotan prestasi pasukan Harimau Malaya.

Safee Sali yang kini merupakan presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum ini konsisten dengan pendapat berkenaan kelemahan mengambil pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan.

“Kita harus mengakui kelahan. Harimau Malaya kena buat post mortem apa masalah.”

Advertisements

“Bagi saya, sejak projek naturalisasi diperkenalkan, ini adalah punca terbesar untuk pasukan negara.” jelas Safee Sali di akaun Instagram.

Kekalahan besar Malaysia kepada Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan B menimbulkan rasa marah kepada penyokong bola sepak Malaysia yang kecewa dengan aksi longlai dipamerkan di Singapura.

Safee Sali sebelum ini menjadi wira buat pasukan negara dalam kempen Piala AFF 2010 selepas berjaya menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama dalam sejarah selain menjadi penjaring terbanyak kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram