Ads
Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga
Liga Super
Astro Arena

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Advertisements

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu.

Advertisements

Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru ini. Insiden tersebut turut menyaksikan beliau mengalami kecederaan selepas dipukul penyamun dengan cota.

Advertisements
Advertisements

Insiden kedua pula menyaksikan Faisal disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah terkenal di Lembah Klang pada Ahad lepas.

Insiden ini menyebabkan Faisal mengalami kelecuran tahap empat. Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Advertisements

Susulan itu, seorang suspek berusia 20-an diberkas polis dan direman selama dua hari untuk siasatan lanjut.

Bagi Safee, insiden sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam arena bola sepak negara hari ini. Ini kerana perkara tersebut menjejaskan persiapan pasukan yang terlibat seperti Selangor FC.

Pada masa sama, beliau merasakan perkara ini tidak seharusnya menjejaskan perjalanan liga memandangkan jadual perlawanan untuk musim 2024/25 telah ditetapkan lebih awal.

“Saya harap perkara ini tidak mengganggu perjalanan liga kita. Dan saya rasa MFL (Liga Bolasepak Malaysia) telah menyatakan bahawa liga dan Piala Sumbangsih bakal berlangsung seperti biasa pada Jumaat ini.

“Sudah tentu yang terjejas sudah pasti pasukan Selangor kerana tiada tonggak utama dalam pasukan dan persiapan terganggu disebabkan masalah macam ini, nak kena pergi balai polis dan sebagainya.

“Sudah tentu pasukan Selangor terganggu (tetapi) perjalanan liga harus diteruskan sebab perjalanan sudah ditetapkan lama.

“Benda itu harus diteruskan dan peminat tidak sabar menunggu hari perlawanan pada Jumaat ini,” katanya di Nadi Arena semalam bila diminta mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

Sebelumnya, Stuart memaklumkan bahawa jadual perlawanan Liga M termasuk Piala Sumbangsih tidak diubah dan akan berjalan seperti biasa.

Advertisements

Selangor bakal turun menentang pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram