Safee Sali Tekad Gugat JDT

Safee Sali FB MFL Safee Sali Tekad Gugat JDT
FB MFL
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Penyerang KL City FC, Safee Sali optimis dengan kelebihan yang ada pada rakan pasukan bakal menggugat pasukan pendahulu liga 2021 itu dalam saingan Piala Sumbangsih esok.

Dalam pada itu, Safee menjelaskan setiap saingan mesti ada keajaiban yang berlaku, akan tetapi beliau dan pasukan akan mempamerkan corak permainan yang terbaik untuk mengalahkan juara bertahan liga.

Beliau turut menyatakan kelebihan yang ada pada KL City FC sekaligus berharap akan mengekalkan mometum dengan lebih baik untuk mengharungi kempen liga dan membuktikan kepada jurulatih walaupun bukan pasukan pilihan.

“Aksi menentang JDT pasti menarik dan kami akan cuba memenangi Piala Sumbangsih walaupun kami tahu sukar tatkala JDT memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri namun dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku.

“Kelebihan KL City FC adalah ramai pemain musim lalu dikekalkan dan kami tahu apa kehendak jurulatih apabila kami beraksi di padang dan saya optimis kami ada kelebihan yang mampu gugat JDT walaupun kami hadir selaku pasukan bukan pilihan,” kata Safee dalam sidang media MFL.

Pertembungan di antara juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC bakal membuka tirai musim 2022 pada Sabtu, 26 Februari ini.