Safiq Rahim Akui Bukan Tugas Mudah Memikul Lencana JDT
Dunia
Youtube: Astro Arena
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 17 Sept –Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menegaskan bukan suatu tugas yang mudah untuk beraksi buat pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.

Menurut penjelasan pemain berusia 34 tahun itu, setiap pemain yang ingin beraksi buat pasukan perlulah membuktikan yang mereka layak untuk berada di kelab tersebut. Sungguhpun begitu, menurut keterangan Duli Yang Amat Mulia , Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), tidak semua pemain yang berkualiti dan berpotensi mampu untuk bermain buat pasukannya.

Safiq juga merasakan antara beberapa faktor yang menyebabkan tugas menyarung jersi bukan satu perkara mudah adalah persaingan secara berpasukan bersama pemain-pemain yang mempunyai kualiti dan keinginan yang tinggi untuk turut beraksi selain kelab yang sentiasa meletakkan sasaran yang tinggi menjadi sebab keberadaan di JDT perlukan keazaman yang sangat tinggi.

Advertisements

Tambahnya lagi, sebagai pemain JDT, mereka hanya fokus untuk terus berlatih dan memberikan aksi yang baik di atas padang tanpa perlu merisaukan hal-hal lain kerana di kelab itu, segalanya sudah disediakan dengan lengkap.

‘Bermain di JDT kita hanya perlu fokus untuk berlatih dan memberikan aksi yang terbaik di atas padang.’

Beliau sambil itu sempat menceritakan kenangan-kenangan yang sangat indah sepanjang bergelar pemain di bawah TMJ ketika melalui cerita jatuh bangun kelab.

Advertisements

Pemain kelahiran Selangor ini yakin setiap pemain mempunyai keinginan untuk bermain di kelab itu namun mereka perlulah membuktikan menerusi persembahan yang konsisten.

‘Jika kamu ingin bermain di sini, kamu perlulah membuktikan yang kamu berhak untuk berada di sini.’-Jelas Safiq kepada Bola@Mamak.

Safiq turut menitipkan pesan kepada pemain yang ingin datang ke JDT untuk melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin kerana ‘demand’ oleh kelab untuk terus memburu kejayaan.

Advertisements

Namun begitu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengingatkan bahawa disiplin dan etika kerja yang sangat dititikberatkan di kelab agar imej dan reputasi kelan sentiasa dijaga dengan baik.

Malah, beberapa tindakan tegas juga bakal dikenakan jika pemain tidak berjaya mematuhi peraturan seperti yang telah termaktub dalam kontrak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram