Safiq Rahim Mahu Kerah Segala Kudrat Pada Aksi Kelayakan Piala Asia 2023
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain tengah Negara, Safiq Rahim mengakui banyak mempelajari perkara-perkara baharu dalam saingan TRI-Nation Series 2022 yang telah berlangsung.

Walaupun mengalami satu kekalahan daripada tiga perlawanan, bagi pemain Johor Darul Ta’zim ini berpendapat ianya adalah satu persiapan yang baik untuk menghadapi kelayakan Piala Asia pada Jun nanti.

“Untuk tiga aksi persahabatan di Singapura ini, kita dapat pelajari benda-benda baharu, kita banyak meningkat dari segi cara permainan pasukan kebangsaan punya permainan, jadi ia persiapan yang bagus untuk skuad negara berdepan Kelayakan Piala Asia Asia pada Jun nanti,” kata Safiq dalam satu sidang media. 

Advertisements

Tambah Safiq, skuad Harimau Malaya kini berada di prestasi terbaik selepas berjaya menghasilkan keputusan yang positif selepas bertemu Filipina dan Singapura.

Safiq dalam pada itu berharap agar setiap pemain dapat mempamerkan persembahan terbaik bagi kempen kelayakan yang akan datang pada bulan Jun nanti.

“Saya harap kita dapat memberi sesuatu keputusan yang baik di kelayakan akan datang. Kita lebih positif sekarang dalam pasukan, saya harap semua yang terlibat dalam skuad negara ini akan beri yang terbaik dan beri 100 peratus untuk skuad negara di kempen kelayakan bulan Jun, Insya Allah,” ujar Safiq seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram