Safiq Rahim Tak Kisah Lilitan Kapten Diberikan Kepada Orang Lain
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim tampil mengulas berkenaan lilitan kapten pasukan yang bakal digalas skuad Harimau Malaya. Beliau tidak mahu memikirkan berkenaan perkara tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk membawa pasukan ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun Safiq menganggap tanggungjawab sebagai ketua pasukan adalah satu penghormatan buat dirinya. Namun jika pemain lain diberikan tugas tersebut, beliau yakin pemain tersebut mampu memberikan yang terbaik untuk mengetuai pasukan negara.

Dalam pada itu, Safiq turut mengharapkan para pemain yang menyertai kem kebangsaan kali ini faham dan tahu akan matlamat yang sebenar yang perlu ditunaikan untuk pasukan negara.

Advertisements

“Itu tak penting (dilantik kapten) bagi saya, sesiapa saja pun macam saya cakap sebelum ini. Saya rasa daripada karier saya untuk bermain dalam pasukan kebangsaan, bukan itu tujuannya.”

“Siapa saja yang diberikan tanggungjawab itu berikan yang terbaik dan semua ada kelebihan pemain-pemain dalam pasukan ini, semua ada tanggungjawab dan kita adalah sebagai satu pasukan.”

“Kita tahu apa yang perlu dilakukan, apa sebenarnya kita punya tujuan untuk pasukan negara dan saya harap rakan-rakan akan beri yang terbaik untuk pasukan.”

Advertisements

“Insya Allah siapa yang dipilih berikan terbaik kerana kita semua ada tanggungjawab yang besar untuk pasukan negara,” katanya kepada Harian Metro.

Sebagai rekod, Safiq Rahim untuk kali terakhir memimpin pasukan selaku kapten adalah lima tahun lalu mengakui teruja dapat kembali menabur bakti bersama pasukan negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram