Saingan Hebat Syihan Hazmi? Suhaimi Husin ‘Ikut’ Kata Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Haziq / MakanBola
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin mengakui bersedia menjadi penjaga gol utama Malaysia sekiranya diminta oleh Kim Pan-gon.

Perkara ini dinyatakan beliau apabila ditanya media tentang hal tersebut di Wisma FAM hari ini.

Suhaimi melihat tidak kira siapa yang dipilih sebagai penjaga benteng terakhir negara nanti, beliau akan bersedia memberi yang terbaik.

Advertisements

Ini kerana pada akhirnya, beliau mengikut sahaja perancangan taktikal jurulatih Korea Selatan itu demi membantu skuad negara dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

“Itu terpulang kepada Coach Kim (Pan-gon). Kalau dia bagi peluang kepada saya, saya kena bagi yang terbaiklah,” katanya.

Suhaimi mengakui memiliki keinginan untuk menyaingi penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syihan Hazmi Mohamad bergelar penjaga gol utama Malaysia.

Advertisements

Namun begitu, pada masa sama, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada Pan-gon untuk menentukan pilihan terbaik untuk kesebelasan terbaik.

“Ada, (keinginan) itu memang ada (untuk saingi Syihan Hazmi). Tapi (pada akhirnya), terpulang kepada jurulatih,” tambahnya lagi.

Kem latihan Harimau Malaya kali ini menyaksikan empat penjaga gol dipanggil Pan-gon. Selain Suhaimi dan Syihan, Sikh Izhan Nazrel dan Azri Ghani turut dipanggil untuk kem kali ini.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Oman di Muscat pada 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram