Sampai Bila Nak Kaji VAR? FAM Perlu Lebih Segera
Dunia
FAM Official
Advertisements

Sejak kebelakangan ini, banyak kontroversi yang melibatkan keputusan pengadil berlaku dalam saingan Liga Malaysia. Banyak pihak berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk Video Bantuan Pengadil (VAR) dilaksanakan dalam liga kita.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berpendapat sudah tiba masanya untuk FAM mengguna pakai teknologi tersebut yang dilihat bakal membantu dalam meningkatkan keberkesanan dalam keputusan pengadilan Liga Malaysia.

Menurut beliau, penggunaan VAR bukan sahaja mampu mengelak kontroversi malah ianya juga dapat meningkatkan lagi mutu pengadilan dalam saingan Liga Malaysia.

Advertisements

“Keputusan yang dikeluarkan seseorang pengadil perlawanan itu sangat mustahak. Kalau keputusan yang dibuat oleh mereka itu salah, ia boleh menyebabkan sesebuah pasukan itu merana walaupun mereka beraksi dengan baik.

“Jadi, saya rasa FAM perlu segerakan penggunaan teknologi VAR bagi mengelak keputusan-keputusan kontroversi seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Mereka sudah tidak boleh melewat-lewatkan penggunaan teknologi ini.

“Sebab, selain bantu mengelak keputusan kontroversi yang akan beri impak kepada pasukan bertanding, ia juga mampu meningkatkan mutu pengadilan Liga-Malaysia itu sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Advertisements

Beberapa hari lepas, FAM mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat bahawa terdapat kesalahan pengadil dalam membuat beberapa keputusan termasuk membatalkan jaringan pasukan Sri Pahang FC ketika menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Rabu lalu.

“Sampai bila kita mahu kaji penggunaan VAR di Malaysia ini. Malah, beberapa negara jiran kita seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah memulakan penggunaan teknologi ini untuk diimplementasi dalam liga mereka.

“Saya ingin bertanya kepada FAM, adakah kita mahu lihat banyak lagi keputusan kontroversi dilakukan pengadil? Sebab nanti yang akan rugi adalah kita sendiri.

Advertisements

“Nama liga buruk, penyokong sudah tidak mahu menonton bola sepak dan paling teruk, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah tidak ada kepercayaan kepada pengadil kita untuk mengadili perlawanan antarabangsa,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram