Sandro Mendoca Buru Kelab Baru Sebelum Bersara
Dunia
Izzrafiq Alias/The Star
Advertisements

Sebut saja nama Sandro Mendoca, ia mengundang pelbagai kenangan manis dalam kalangan penyokong Kedah dan Sarawak United. Pemain perancang Brazil berusia 38 tahun itu membantu Helang Merah menjulang Piala Malaysia pada 2016 dan membantu Sarawak United layak ke Liga Super musim lepas.

Tetapi malangnya, kontrak beliau bersama majikan lamanya pada musim lepas tidak disambung. Ia amat menggusarkan Mendoca kerana masih belum mendapat kelab baru. Dengan tingkap perpindahan liga pertama bakal ditutup pada 22 Februari, beliau berharap dapat beraksi di Malaysia buat kali terakhir sebelum menggantung but.

Dalam temubualnya bersama akhbar The Star, Mendonca berkata, “Saya tahu saya masih boleh membantu bola sepak Malaysia, dalam dan luar padang. Saya sedih tidak dapat meneruskan aksi bersama Sarawak tetapi saya berharap satu lagi peluang akan muncul. Saya mahu bersara secara bermaruah dan terhormat, di hadapan para penyokong di stadium.”

Advertisements

Mendoca kemudiannya mendedahkan pada awalnya, sambungan kontrak secara lisan sudah dipersetujui dengan pengurusan Sarawak United. Selepas tiba di Malaysia dan menjalani kuarantin, beliau menyangka kontrak yang dijanjikan akan dimeterai. Bagaimanapun, itu tidak berlaku – satu kekecewaan kepadanya selepas membantu Sarawak United kembali ke Liga Super.

Selain membantu Kedah menjulang Piala Malaysia, Mendoca turut membantu mereka menjulang Liga Perdana 2015 dan Piala FA 2017. Selepas puas berkelana di utara, beliau menyertai Selangor selama dua musim dan menjaringkan 14 gol dalam 38 perlawanan. Selain Malaysia, Mendoca pernah beraksi di Turki (Genclebirligi) dan Korea Selatan (Daegu FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram