Sanusi Ada Pesanan Khas Buat Penular Fitnah Tunggakan Gaji Pemain Kedah
Dunia
KDA FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak mengalami masalah tunggakan gaji dan pihak pengurusan KDA FC sudah menyediakan notis saman kepada penyebar fitnah tersebut.

Walaupun melalui prestasi yang terumbang ambing dalam saingan Liga Super musim ini, namun masalah gaji bukanlah punca kemerosotan prestasi pasukan itu.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, dakwaan dan fitnah yang dilemparkan individu yang tidak bertanggungjawab itu juga bertujuan menyalahkan kerajaan negeri meskipun skuad bola sepak negeri itu kini diuruskan syarikat swasta.

Advertisements

“Saya ada baca satu berita tadi, ada orang buat isu kata pasukan bola sepak prestasi flip flop pasal tak bayar gaji, saya sudah tanya KDAFC, mereka maklumkan tidak ada tunggakan gaji.

“Mereka sedang menyediakan notis saman kepada pihak yang menularkan kononnya KDAFC, tidak bayar gaji player, yang itu tunggu surat saman, selamat menjawab di mahkamah kepada pihak yang ‘gatai’ (ghairah) sangat (membuat dakwaan),” tegas Sanusi seperti dilaporkan Sukan Awani.

Kedah kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 13 mata selepas 8 perlawanan. Walaupun berada di tangga kedua, Kedah berkemungkinan bakal dipintas pasukan lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Selangor FC yang masih kekurangan perlawanan berbanding pasukan Kedah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram