Sanusi: Gaji Dah Bayar, Malam Ini Kita Akan ‘Balun’ JDT
Dunia
Pejabat Menteri Besar Kedah
Advertisements

Dalam satu video di Pejabat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor telah tampil mengulas berkaitan isu gaji yang melibatkan para pemain Kedah Darul Aman FC yang sebelum ini dikhabarkan menghadapi tunggakan selama 2 bulan.

YB Sanusi menjelaskan bahawa pihak pengurusan Kedah telah membayar gaji para pemain. Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun ini sahaja, KDA FC telah membayar sebanyak 21 Juta untuk melangsaikan isu gaji ini.

Presiden KFA itu turut menyelar kata-kata peminat bola sepak tempatan yang mendakwa gaji para pemain ini pasti dibayar apabila satu-satu kelab itu akan bertemu Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

“Gaji pemain bola kita bayar, tahun ni dah 21 Juta kita bayar. Ada orang cakap nak lawan JDT baru bayar gaji, kalau lagu tu kena lawan JDT tiap-tiap bulanlah.”

Dalam pada itu, YB Sanusi terus optimis dan melihat pasukan Kedah FC akan menampilkan aksi cemerlang serta memberi tentangan yang sengit dalam kempen Piala Malaysia. YB Sanusi juga yakin bahawa KDA FC mampu ‘balun’ JDT pada aksi malam nanti.

“Tak lawan JDT pun kita bayar, ni bulan 10 dah. Takkan bulan 1 bulan 2 ada lawan JDT, takda pun. Saya ingat malamni kita akan balun JDT lah insyaAllah.”

Advertisements

Kedah Darul Aman FC akan berdepan Johor Darul Ta’zim dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman jam 9.00 malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram