Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap satu Malaysia dalam diam bersama Merah Kuning.
Perkara itu dinyatakan olehnya menerusi satu hantatan di laman sosialnya dengan menyatakan bahawa Selangor FC tidak bersendirian ketika ini.
“Percayakan saya, mereka tidak bersendirian ketika ini.
Sanusi Md Nor mengulang semula hantaran individu yang dikenali sebagai Mohd Ezli Mashut yang telah memuat naik beberapa keping lakaran foto penyokong di stadium yang menyaksikan perlawanan Selangor.
Hantaran tersebut juga disertakan dengan lirik lagu Merah Kuning yang juga merupakan lagu bola sepak Selangor.
Sanusi menganggap bahawa satu Malaysia ketika ini berdiri teguh dalam diam bersama Merah Kuning yang merujuk kepada pasukan Lembah Klang itu.
“Seluruh Malaysia dalam diam berdiri teguh bersama Merah Kuning. Menjunjung kasih Tuanku,” ujarnya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Malaysian Football League (MFL) juga telah menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan membatalkan dua denda terhadap Selangor FC.
“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Antara perubahan dalam keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL ialah denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.
Selain itu, MFL bersetuju untuk menarik balik Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 namun kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas boleh dijatuhkan sekiranya perkara sama berulang.
Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dibatalkan.